Friday, May 2, 2014

KISRA DAN KAISAR

حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ، وَابْنُ أَبِي عُمَرَ، - وَاللَّفْظُ لاِبْنِ أَبِي عُمَرَ - قَالاَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " قَدْ مَاتَ كِسْرَى فَلاَ كِسْرَى بَعْدَهُ وَإِذَا هَلَكَ قَيْصَرُ فَلاَ قَيْصَرَ بَعْدَهُ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتُنْفَقَنَّ كُنُوزُهُمَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ " .
(كتاب الفتن وأشراط الساعة, بَاب لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ فَيَتَمَنَّى أَنْ يَكُونَ مَكَانَ الْمَيِّتِ مِنْ الْبَلَاءِ, ٢٩١٨, صحيح مسلم )


MAKSUDNYA:
“Jika Kisra (Parsi) telah mati binasa, maka tidak ada lagi Kisra setelahnya. Dan jika Kaisar (Byzantium ) telah mati binasa, maka tidak ada lagi Kaisar setelahnya. Demi Zat yang diriku ada dalam genggaman tangan kuasa-Nya ,sungguh harta kekayaan keduanya akan diinfakkan di jalan Allah”.

KETERANGAN HADITH :
“Jika Kisra (Parsi) telah mati binasa, maka tidak ada lagi Kisra setelahnya”, adalah penjajah Imperium Sasanik di kawasan Arab iaitu Iraq. (Atau dengan kata lain, ia tidak akan lagi berkuasa di sana. Selain itu maksud sabda nabi “Dan jika Kaisar (Byzantium ) telah mati binasa, maka tidak ada lagi Kaisar setelahnya” adalah penjajah di kawasan Arab iaitu Syam (Syria).
Hal yang sama ditegaskan oleh Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Al-Bari Bi Sharh Sahih al-Bukhari yang mengatakan “ yang dimaksudkan dengan perkataan “Kisra” dan “ Kaisar” dalam hadith di atas ialah kisra adalah gelaran raja di Parsi dan Kaisar adalah gelaran raja di Byzantium ( Bukannya kisra atau kaisar yang hidup pada zaman nabi ). Latar belakang hadith ini ialah disebabkan kebimbangan suku Quraish yang sejak dulu menjalin hubungan perdagangan dengan Syam dan Iraq. Mereka bimbang disebabkan mereka memeluk Islam hubungan perdagangan mereka terputus. Oleh itu, Nabi SAW menegaskan dan meyakinkan mereka serta memberi khabar gembira pada mereka melalui hadith ini bahawa kekuasaan parsi dan Byzantium akan segera berakhir.

PENGAJARAN HADITH :
Umat Islam perlu percaya dan sedar bahawa setiap kata-kata nabi s.a.w adalah benar dan peristiwa yang digambarkan Rasulullah akan benar-benar terjadi.
Golongan kafir akan mengalami kejatuhan akhirnya seperti mana yang digambarkan di dalam hadith.



RUJUKAN
Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Baitul Afqar Dauliyyah: Riyadh. Kitab 52. Bab 18. No. Hadith 2918. Halaman: 1169.
Yusof al-hajj Ahmad, ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran Dan Sunnah,2009, Al-Hidayah Publication ,Kuala Lumpur, hlmn 42-43.
KEZALIMAN ADALAH KEGELAPAN PADA HARI KIAMAT

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ الْمَاجِشُونُ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " الظُّلْمُ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ".
MAKSUDNYA :

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus, telah menceritakan kepada kami 'Abdul' Aziz Al Majisyun, telah menkhabarkan kepada kami 'Abdullah bin Dinar, dari' Abdullah bin 'Umar r.a, dari Nabi SAW: "Kezaliman akan mendatangkan kegelapan pada hari kiamat".
(H.R. Bukhari )
(Kitab Perbuatan Aniaya, Bab Kezaliman Adalah Kegelapan Pada Hari Kiamat, 2447, Shahih).

KETERANGAN HADITH:
Ibn Al-Jauzi berkata: “Kezaliman itu mengandungi dua kemaksiatan, iaitu mengambil harta orang lain tanpa alasan yang benar, dan menentang Allah dengan mengingkari perintah-Nya. Kemaksiatan kerana kezaliman adalah lebih besar dosanya jika dibandingkan dengan kemaksiatan lain. Ini kerana sekiranya terjadi kepada orang yang lemah, maka mereka tidak mampu untuk membela dirinya. Sesungguhnya kezaliman itu lahir dari kegelapan hati. Sekiranya hati bercahaya dengan cahaya hidayah, nescaya ia akan mengambil pengajaran. Dan apabila seseorang yang bertakwa berjalan dengan cahaya ketakwaannya, maka kezaliman seseorang tidak akan mempengaruhi dirinya.

(Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Ketiga. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab Al-Mazhalim(Perbuatan Aniaya). Bab 8. Halaman 19-20).

PENGAJARAN HADITH:
Hadith ini melarang untuk bebuat zalim kepada manusia lain kerana kezaliman terhadap manusia adalah lebih besar dosanya berbanding perbuatan zalim yang lain. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan berlakunya penindasan kepada orang yang lemah serta tidak berkemampuan untuk membela dirinya. Hadith ini juga membuktikan bahawa orang yang bertakwa tidak akan melalukan perbuatan terkutuk itu kepada saudaranya sendiri. Sesungguhnya hati yang gelap tanpa cahaya ketakwaan akan suka untuk melalukan kejahatan dan kezaliman.
KELEBIHAN BERIBADAT DI SAAT-SAAT HURA-HARA


حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ مُعَلَّى بْنِ زِيَادٍ، عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ، قُرَّةَ عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ح وَحَدَّثَنَاهُ قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، عَنِ الْمُعَلَّى بْنِ زِيَادٍ، رَدَّهُ إِلَى مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ رَدَّهُ إِلَى مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ رَدَّهُ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " الْعِبَادَةُ فِي الْهَرْجِ كَهِجْرَةٍ إِلَىَّ " .
(كتاب الفتن وأشراط الساعة, باب فَضْلِ الْعِبَادَةِ فِي الْهَرْجِ, ٢٩٤٨, حديث صحيح)

MAKSUDNYA :
Daripada Ma’qil bin Yasar ra. Berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku".
(Riwayat Muslim)(Kitab Fitan, Bab Kelebihan Beribadat Di Saat Huru-Hara, 2948, Shahih)

SYARAH HADITH :
1. Sememangnya tabiat manusia itu apabila ditimpa sesuatu kesulitan, mereka akan mengadu untuk melakukan sesuatu ibadat. Mereka akan berkata, jika kesulitan ini tidak terjadi pasti aku akan lebih mudah untuk melakukan sesuatu ibadat. Namun, apabila keadaan semakin baik, mereka akan terus lupa untuk melakukannya.Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajipan agamanya di saat-saat yang penuh dengan huru hara dan gangguan dari segenap penjuru, dan mampu mengingati Allah SWT di saat-saat orang lain lupa dan di sibukkan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw. 
2. Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan mereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan, dan mudah-mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW tadi.

RUJUKAN:
Imam Yahya Bin Syarif An-Nawawi. 2000. Shahih Muslim Bi Syarah Nawawi. Pentahqiq: Muhammad Fuaad Abdul Baqi. Juzuk 18. Beirut, Lubnan. Halaman 70.Muhammad Idris Al-Marbawi. 2008. Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtashar Shahih at-Tirmidzi. Pengalih Tulisan: Noraine Abu. Juzuk 15. Kuala Lumpur. Halaman 156-157.
GOLONGAN YANG AKAN MENDAPAT PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH

حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ، حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " إِذَا فَسَدَ أَهْلُ الشَّامِ فَلاَ خَيْرَ فِيكُمْ لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي مَنْصُورِينَ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُكتاب الفتن عن رسول الله صلى الله عليه وسلم) باب مَا جَاءَ فِي الشَّام)

Maksudnya:
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja’far berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Mu’awiyah bin Qurrah dari Bapanya ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Akan senantiasa ada sekelompok dari umatku mendapat pertolongan. Orang-orang yang menghinakannya tidak akan membahayakan mereka hingga terjadi hari kiamat.”
(HR. Muslim: Kitabul Imarah no. 3544 dan Tirmidzi: Kitabul fitan no. 2155 )


Keterangan Hadith:
’At-Thaifah al-Manshurah’ ialah kelompok/golongan yang mendapatkan pertolongan, yang memperoleh kemenangan. Hadith ini menjelaskan akan adanya sekelompok umat dari (kaum Muslimin) yang senantiasa berjuang menegakkan dan membela agama Islam yang ’haq’. Mereka itu senantiasa berada di atas kebenaran dan mendapat pertolongan Allah dan memperoleh kemenangan malah tidak berpengaruh dengan kelompok lain yang membencinya dan memusuhinya. Mereka terus istiqamah dalam kebenaran hingga hari kiamat.
Para ahli hadits seperti imam Bukhari dan Imam Ahmad berpendapat bahwa Thaifah Manshurah adalah ashabul hadits, alim ulama yang menjaga risalah Islamiyah tetap berada pada kemurnian agama Islam sebagaimana pada awalnya Rasulullah Saw dan para sahabat, generasi awal atau generasi salaf menerima, memahami dan mempraktikkan ajaran Islam dari sumber yang asal. 
Para ulama menyebut at-Thaifah al-Manshurah adalah sebahagian dari (Golongan yang Selamat), sebahagian dari Ahl Sunnah Wal Jamaah, sebahagian dari Al-Ghuraba ( Yang Terasing). Bahwa kebenaran itu tidak akan pernah sirna dan akan terus bersinar disetiap zaman dan generasi.




Pengajaran Hadith:
1. Akan adanya sekelompok umat Muhammad yang sentiasa membela sunnahnya dan berpegang kepada kebenaran di setiap zaman, semoga kita termasuk dalam golongan mereka. 
2. Golongan yang mendapat pertolongan ini akan terus berjalan dan menebar walaupun dicemuh oleh orang yang membenci ahli ibadat.
3. Golongan ini akan ditolong oleh Allah dari segi kekuatan fizikal dan kekuatan hujah dan keterangan.
4. Golongan ini akan ada sampai ditiupkan angin yang lembut yang mencabut nyawa setiap muslim sebelum ditiupnya sangkakala.

Rujukan:

Imam Yahya Bin Syarif An-Nawawi. 2000. Shahih Muslim Bi Syarah Nawawi. Pentahqiq: Muhammad Fuaad Abdul Baqi. Juzuk 18. Beirut, Lubnan. Halaman 70.Muhammad Idris Al-Marbawi. 2008. Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtashar Shahih at-Tirmidzi. Pengalih Tulisan: Noraine Abu. Juzuk 15. Kuala Lumpur.
FITNAH YANG MENGENAI SEMUA RUMAH

حدثنا الحميدي حدثنا الوليد بن مسلم حدثنا عبد الله بن العلاء بن زبر قال: سمعت بسر بن عبيد الله أنه سمع أبا إدريس قال: سمعت عوف بن مالك قال: أتيت النبي صلى الله عليه وسلم في غزوة تبوك- وهو في قبة من أدم- فقال: اعدد ستا يدي الساعة: موتي ، ثم فتح بيت المقدس، ثم موتان بأخذ فيكم كقعاص الغنم، ثم استفاضة المال حتى يعطى الرجل مائة دينار فيظل ساخطا، ثم فتنة لا يبقى بيت من العرب إلا دخلته، ثم هدنة تكون بينكم وبين بني الأصفر 
فيغدرون، فيأتونكم تحت ثمانين غاية تحت كل غاية اثنا عشر ألفا. 
البخاري ، كتاب الجزية ، باب ما يحذر من الغدر ، رقم2940

Maksudnya:
Daripada Bukhari dengan sanad daripada Auf bin Malik berkata: Aku berjumpa Nabi s.a.w dalam perang Tabuk dan Rasul s.a.w berada di dalam khemah daripada kulit binatang. Nabi s.a.w bersabda: kiralah enam perkara sebelum kiamat. 1. Kematianku
2. Pembukaan Bait al-Maqdis 3. Kematian yang besar yang akan mengambil kamu sama seperti penyakit ulat pada kambing ( iaitu taun yang berlaku kepada penduduk Syam)
4. Harta melimpah sehingga lelaki diberi seratus dinar namun dia tetap marah 5. Fitnah yang akan kena semua rumah orang Arab 6. Perdamaian antara kamu dengan orang-orang Rom lalu mereka akan memungkiri janji dan mereka akan datang dengan 80 bendera dan setiap satu bendera ada 12 ribu bala tentera.

Keterangan Hadith:
ستا (Enam). Maksudnya, enam tanda-tanda akan terjadinya Kiamat, atau tampak tanda-tanda yang mendekati terjadinya Kiamat.
ثم موتان (Kemudian kematian). Al-Qazzaz berkata, “ Kata ‘mutaan’ bermakna kematian”. Sementara ulama lain selain daripadanya berkata, “Maknanya adalah kematian yang sangat banyak”. Dalam riwayat Ibnu as-Sakan disebutkan “mautataan” (dua kematian), iaitu dalam bentuk tatsniyah (ganda). Dengan demikian, harus dibaca fathah pada huruf pertama.
كعقاص الغنم (sama seperti penyakit kambing). Uqash adalah penyakit yang menimpa haiwan ternakan di mana air keluar dari hidungnya dan mengakibatkan kematian mendadak. Abu Ubaid berkata, “dari sini diambil kata iq’ash, iaitu kematian”. Inbu Faris berkata, “Uqash adalah penyakit yang menimpa di bahagian dada seakan-akan mematahkan leher”. Dikatakan bahawa tanda kiamat ini telah nampak saat menyebar wabak ta’un anwas di masa pemerintahan umar, dan hal itu terjadi setelah pembebasan Baitul maqdis. 
ثم استفاضة المال( kemudian harta melimpah). Tanda kiamat ini nampak pada masa pemerintahan Uthman bin Affan ketika terjadi pembebasan secara besar-besaran, dan fitnah yang disenyalir dimulai dengan terbunuhnya Uthman. Setelah itu bencana dan fitnah terjadi. Sedangkan tanda Kiamat keenam yang disebutkan pada hadith ini belum pernah berlaku.
هدنة(perdamaian). Maksudnya, mengikat perjanjian untuk tidak melakukan peperangan setelah terjadi gerakan peperangan. Adapun yang dimaksudkan dengan bani Ashfar adalah bangsa Romawi.
غاية (Ghaayah). Iaitu, panji. Panji dinamakan ghaayah (tujuan), kerana ia adalah sesuatu yang diikuti, jika berhenti maka pasukan pun akan berhenti.

Rujukan:
( Ibnu Hajar al-Asqalani. 20009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari. Penterjemah: Amiruddin. Cet. 3. Jil. 16. Hlm 870-875. )


FITNAH ORANG YANG DUDUK
LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG BERDIRI

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،. قَالَ إِبْرَاهِيمُ وَحَدَّثَنِي صَالِحُ بْنُ كَيْسَانَ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : سَتَكُونُ فِتَنٌ الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ، وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْمَاشِي، وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنَ السَّاعِي، مَنْ تَشَرَّفَ لَهَا تَسْتَشْرِفْهُ، فَمَنْ وَجَدَ فِيهَا مَلْجَأً أَوْ مَعَاذًا فَلْيَعُذْ بِه
Maksudnya:
Muhammad bin Ubaidullah telah menceritakan kepada kami, Ibrahim bin Sa’d telah menceritakan kepada kami, daripada bapanya, daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman daripada Abu Hurairah (ح). Ibrahim berkata, Shalih bin Kisan telah menceritakan kepada kami, daripada Ibnu Syihab, daripada Sa’id bin Musayyab, daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Akan ada fitnah-fitnah, dimana orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan,dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari dalam fitnah tersebut. Barangsiapa berusaha menghadapi fitnah itu, maka fitnah itu akan mempengaruhinya. Barangsiapa mendapatkan tempat berlindung, maka dia sebaiknya berlindung di tempat tersebut.”


Keterangan Hadith Dan Pendapat Para Ulama:
Ibn al-Tin menyebutkan daripada ad-Dawudi bahawa maksud hadis tersebut ialah ditujukan kepada semua individu yang terlibat dalam perkara fitnah itu. Di mana sebahagian daripada mereka lebih berat ( keterlibatannya ) berbanding dari yang lain. Individu yang paling tinggi tahapnya adalah orang yang berlari di mana dia menjadi penyebab fitnah semakin berleluasa. Kemudian orang yang berjalan yang mana dia melakukan sebab-sebab fitnah dan diikuti kawan-kawan mereka yang memperhatikannya iaitu orang yang duduk. Seterusnya orang yang menjauhi fitnah dan tidak terlibat dengan fitnah iaitu orang yang terbaring dan terjaga. Akhir sekali adalah orang yang tidak ada sangkut paut dengan fitnah sedikitpun namun dia redha, iaitu orang yang tidur. Maksud kelebihan pada kebaikan ini adalah orang yang lebih sedikit keburukannya berbanding orang yang di atasnya sesuai perinciaan tersebut.
Al-Thabari telah mengatakan bahawa para ulama mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini. Terdapat sebahagian yang memahami secara umum iaitu mereka yang tidak terlibat dalam peperangan antara kaum Muslimin dengan secara mutlak. Mereka adalah seperti Sa’d, Ibn Umar, Muhammad bin Maslamah, Abu Bakrah dan lain-lain dimana mereka berpegang kepada isi kandungan hadith tersebut.
Selain itu, hadith ini juga membahaskan apabila terdapat sekelompok kumpulan yang membangkang terhadap imam (pemimpin) dengan tidak menunaikan kewajipan, lalu berlakunya peperangan maka wajib pemimpin itu memerangi kelompok tersebut. Terdapat pendapat lain yang mengatakan sekiranya berlaku peperangan antara kaum muslimin di mana tidak ada imam bagi jamaah, maka peperangan ketika itu dilarang.
Al-Thabari telah mengatakan bahawa pendapat yang benar bagi maksud fitnah ialah dugaan, sementara mengingkari kemungkaran adalah wajib bagi yang mampu melakukannya. Barangsiapa menolong pihak yang benar bermaksud dia telah melakukan tindakan yang betul, dan barangsiapa yang menolong pihak yang salah bermaksud dia telah melakukan tindakan yang salah. Sekiranya kita tidak mengetahui pihak yang benar atau salah, maka sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Nabi SAW yakni tidak melibatkan diri dalam masalah tersebut.
Pendapat lain mengatakan bahawa hadith-hadith yang melarang perbuatan tersebut merupakan larangan khusus untuk umat akhir zaman kerana peperangan ketika itu hanya untuk mendapatkan kekuasaan

Pengajaran Hadith:
1. Sentiasa memupuk sikap berwaspada dan berhati-hati dalam diri sendiri agar terhindar dari sebarang fitnah.
2. Sentiasa bijak dalam membuat keputusan iaitu menyebelahi pihak yang benar kepada perkara yang benar dan tepat dan tidak akan menyebelahi pihak yang tidak benar kepada perkara yang tidak benar.
3. Tidak mudah terpengaruh dan berburuk sangka kepada perkara-perkara yang membawa kepada unsur-unsur kekeliruan.


Rujukan:
Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 9. Halaman 94, 97, 99 & 100.
PERANG SAUDARA DI ANTARA UMAT ISLAM
وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَقْتَتِلَ فِئَتَانِ عَظِيمَتَانِ وَتَكُونُ بَيْنَهُمَا مَقْتَلَةٌ عَظِيمَةٌ وَدَعْوَاهُمَا وَاحِدَةٌ " .
(كتاب الفتن وأشراط الساعة, باب إِذَا تَوَاجَهَ الْمُسْلِمَانِ بِسَيْفَيْهِمَا, ١٥٧,صحيح مسلم )

MAKSUD HADITH:
“ Kiamat tidak akan terjadi sampai dua kelompok besar saling berperang, padahal di hadapan mereka terbentang pertempuran yang sengit, dan dakwah mereka pun sama.”


KETERANGAN HADITH :
1. An-Nawawi menjelaskan hadis ini merupakan bukti kemukjizatan Rasulullah saw dalam hadis yang disampaikan baginda kerana perkara tersebut benar-benar berlaku selepas kewafatan baginda.
2. Ibnu Hajar mengatakan yang dimaksudkan dua kelompok besar tersebut ialah kelompok Ali dan kelompok Muawiyah. Maksud dakwah menurut pendapat yang rajih ialah islam (sama-sama Islam). Namun ada yang mengatakan mereka berpegang dengan pendapat mereka iaitu berkeyakinan bahawa kelompok mereka yang betul.
3. Dua kelompok yang dimaksudkan dalam hadith ialah kelompok Ali dan kelompok Aisyah yang didukung oleh Az-Zubair dn Talhah yang terlibat dalam konflik bersaudara dalam Perang Unta. Sedangkan pertempuran dasyat yang berlaku di hadapan mereka adalah Perang Siffin.

PENGAJARAN HADITH :
1. Umat Islam haruslah berpegang dengan ajaran al-Quran dan Al-Sunnah yang betul untuk mengelakkan berlakunya perpecahan sesama umat Islam.
2. Umat Islam haruslah bersatu agar Islam bertambah kuat dan musuh islam berasa gerun untuk menentang kita.

RUJUKAN :
Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Baitul Afqar Dauliyyah: Riyadh. Kitab 52. Bab 4. No. Hadith 157. Halaman: 1157.
Yusof al-hajj Ahmad, ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran Dan Sunnah,2009, Al-Hidayah Publication ,Kuala Lumpur, hlmn 61
.