Friday, May 2, 2014

MENGHINDARI DIRI DARI FITNAH MERUPAKAN
SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي صَعْصَعَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " يُوشِكُ أَنْ يَكُونَ خَيْرَ مَالِ الْمُسْلِمِ غَنَمٌ، يَتْبَعُ بِهَا شَعَفَ الْجِبَالِ وَمَوَاقِعَ الْقَطْرِ، يَفِرُّ بِدِينِهِ مِنَ الْفِتَنِ ".

Maksudnya: Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada kami, malik telah mengkhabarkan kepadaku, daripada Abdul Rahman bin Abdullah bin Abi Sha’sha’ah, daripada bapanya, daripada Abu Sa’id al-Khudhri RA berkata kepada seseorang:“Aku lihat kamu suka menjaga kambing dan memeliharanya. Jagalah ia dan jagalah makanannya dengan baik. Sesungguhnya aku mendengar Rasululullah s.a.w. bersabda: “Akan datang kepada manusia satu masa yang mana kambing menjadi harta terbaik bagi orang muslim. Dia akan mendaki dan menyusuri tebing-tebing bukit membawa kambing-kambingnya itu semata-mata untuk melarikan dirinya daripada fitnah.”

Keterangan Hadith:
Hadis ini merupakan dalil bagi orang yang mengasingkan diri kerana risau akan keselamatan agamanya. Para ulama salaf berbeza pendapat mengenai hukum asal uzlah (mengasingkan diri). Menurut jumhur, berinteraksi sesama manusia adalah lebih utama kerana mendatangkan faedah-feadah agama seperti melaksanakan syiar Islam, memperbanyakkan jumlah kaum muslimin dan memberi pelbagai kebaikan kepada kaum muslimin seperti memberi bantuan dan lain-lain. Sebahagian lain berpendapat bahawa mengasingkan diri adalah lebih utama kerana lebih menjamin keselamatan dengan syarat mengetahui apa yang mesti dilakukan.
Imam al-Nawawi berpendapat bahawa seseorang itu perlu berinteraksi dengan manusia lain yakni tidak mengasingkan diri daripada ketika fitnah berlaku sekiranya dia yakin tidak akan terjerumus ke dalam kancah fitnah tersebut. Namun, jika di atidak mempunyai keyakinan menghadapinya, maka mengasingkan diri adalah lebih utama.

Pengajaran Hadith:
1. Menjauhkan diri yakni mengasingkan diri daripada fitnah digalakkan jika ianya membawa kemaslahatan. 
2. Berjemaah hendaklah atas kebenaran iaitu umat Islam bersatu atas kebenaran yang berasal daripada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Tidak boleh bersatu di atas sesuatu yang batil atu terkeluar daripada batas-batas Islam.
Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 14. Halaman 133-142.
AL-HAUDH

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِاللَّهِ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ السَّرِيِّ حَدَّثَنَا نَافِعُ بْنُ عُمَرَ عَنِ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ قَالَ قَالَتْ أَسْمَاءُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنَا عَلَى حَوْضِي أَنْتَظِرُ مَنْ يَرِدُ عَلَيَّ فَيُؤْخَذُ بِنَاسٍ مِنْ دُونِي فَأَقُولُ أُمَّتِي فَيُقَالُ لا تَدْرِي مَشَوْا عَلَى الْقَهْقَرَى قَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ أَنْ نَرْجِعَ عَلَى أَعْقَابِنَا أَوْ نُفْتَنَ

Maksudnya : “Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami, Bishr Bin al-Sari telah menceritakan kepada kami, Nafi’ Bin Umar telah menceritakan kepada kami, dari Ibn Abi Mulaikah, dia berkata, Asma’ berkata, daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda, “Aku berada di Haudh yakni telagaku menunggu orang-orang yang datang kepadaku, lalu diambil beberapa orang selain umatku, maka aku berkata, “Umatku.” Maka ada yang mengatakan, “Engkau tidak tahu mereka telah berjalan mundur ke belakang”

KETERANGAN HADITH:
Secara etimologi, al-Haudh adalah tempat terkumpulnya air dalam jumlah yang banyak, yakni telaga. Adapun makna al-Haudh secara syar’i adalah sebuah telaga di Mahsyar, yang airnya bersumber dari sungai al-Kautsar yang dikurniakan kepada Nabi
As-Syaikh Hafiz bin Ahmad al-Hakami berkata, “Sungguh, terdapat dalil tentang penyebutan al-Haudh, iaitu tafsiran al-Kautsar dengan makna al-Haudh, keberadaan dan sifat-sifatnya, dari sanad-sanad para sahabat dari Nabi , iaitu hadith-hadith yang masyhur dengan sanad-sanad yang banyak bahkan sampai taraf mutawatir. Ibn Hajar al-Asqalani juga mengatakan riwayat hadith ini dijumpai dalam kitab sahih al-Bukhari melainkan pada bab ini.
Keadaan orang-orang yang akan datang dan minum dari telaga Nabi SAW adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu orang yang mengikuti syariat baginda. Adapun orang yang enggan dan sombong untuk mengikuti syariat yang dibawa oleh baginda, nescaya akan diusir dari telaga Nabi SAW.

PENGAJARAN HADITH:
1. Kita mesti berpegang teguh kepada kitab al-Quran dan sunnah Nabi SAW serta istiqamah dengannya, menjauhi semua amalan bidaah dan dosa-dosa besar agar mendapat syafaat Nabi SAW kelak.
2. Sesungguhnya wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

RUJUKAN:

(Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 1. Halaman 4-8)
YA’JUJ DAN MA’JUJ

قَالَ البُخَارِي حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، ح وَحَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، حَدَّثَنِي أَخِي، عَنْ سُلَيْمَانَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي عَتِيقٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ، أَنَّ زَيْنَبَ ابْنَةَ أَبِي سَلَمَةَ، حَدَّثَتْهُ عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ بِنْتِ أَبِي سُفْيَانَ، عَنْ زَيْنَبَ ابْنَةِ جَحْشٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم دَخَلَ عَلَيْهَا يَوْمًا فَزِعًا يَقُولُ " لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَيْلٌ لِلْعَرَبِ مِنْ شَرٍّ قَدِ اقْتَرَبَ، فُتِحَ الْيَوْمَ مِنْ رَدْمِ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مِثْلُ هَذِهِ ". وَحَلَّقَ بِإِصْبَعَيْهِ الإِبْهَامِ وَالَّتِي تَلِيهَا. قَالَتْ زَيْنَبُ ابْنَةُ جَحْشٍ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَنَهْلِكُ وَفِينَا الصَّالِحُونَ قَالَ " نَعَمْ إِذَا كَثُرَ الْخُبْثُ ".

Maksudnya:

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.), beliau berkata, "(Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". (Riwayat Bukhari)
(Kitab Fitan, Bab Ya’jud Dan Ma’jud, 7135, Shahih)

Keterangan Hadith:

Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Sebagaimana Ibnu Al Arabi berkata, “Di dalamnya terdapat penjelasan bahawa orang yang baik akan binasa seiring dengan binasanya orang jahat jika orang yang baik itu tidak merubah kejahatan. Begitu pula orang yang baik telah berusaha merubahnya namun tidak memberi sebarang manfaat, mereka tetap dengan perbuatan buruknya. Kejahatan semakin merebak sehingga banyak berlaku kerosakkan. Maka saat itu akan dibinasakan kesemuanya sekali.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri adalah dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya. Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.
Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari kiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari kiamat sudah dekat.
(Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab Al-Fitan. Bab 28. Halaman 363-379.)

Pengajaran Hadith:

Tembok Zulqarnain berkait rapat dengan asal-usul dan identiti bangsa Ya’juj wa Ma’juj . Dari Ibn Abbas r.a kepada Ibn Khaldun sehinggalah ulama mutakhir , mereka seolah sepakat tembok Zulqarnain terletak di pergunungan Caucasus. Apabila tiba ketentuan Allah s.w.t , sebagaimana yang Allah s.w.t janjikan , tembok itu akan hancur , maka Ya’juj wa Ma’juj akan muncul dan akan turun “dari seluruh tempat yang tinggi”. Oleh itu, perkara-perkara berkaitan peristiwa akhir zaman ini wajib di imani oleh setiap muslim dan tidak boleh disanggah sama sekali tentang kebenarannya.Menjadi satu kepastian kaum Ya’juj wa Ma’juj akan muncul di akhir zaman sebelum terjadinya Hari Kiamat. Ia menjadi salah satu dari tanda-tanda besar berlakunya Kiamat. Di dalam hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut, apabila Ya’juj wa Ma’juj muncul , mereka melalui Tasik Tabariah dan mereka meminum airnya sehingga kering. Justeru, kita perlu beramal ibadah dengan sebenar-benarnya seperti yang disuruh Allah SWT melalui teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Hal ini kerana, ia adalah perkara asas dan umum yang mesti kita lakukan, agar iman menjadi mantap.
FITNAH MUNCUL DARI ARAH TIMUR (MASYRIQ)

قال البخاري حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ، حَدَّثَنَا لَيْثٌ ، عَنْ نَافِعٍ ، عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ " وَهُوَ مُسْتَقْبِلٌ الْمَشْرِقَ، يَقُولُ : أَلَا إِنَّ الْفِتْنَةَ هَا هُنَا مِنْ حَيْثُ يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ ".

Bermaksud: Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Said, telah menceritakan kepada kami al- Laith, daripada Nafi’, daripada Ibnu Umar ra, bahawasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda sambil menghadap ke Timur ( Masyriq ) kemudian berkata: “Fitnah muncul dari arah ini, dari tempat keluarnya tanduk syaitan”.
(Sumber: Sahih Bukhari, Kitab Fitan, Bab Fitnah Muncul dari Arah Timur ( Masyriq ) , No hadith: 6564)

KETERANGAN HADITH:
Hadith ini menjelaskan bahawa fitnah muncul dari arah timur, ini dapat dibuktikan dengan pendapat oleh al- Muhallab, beliau mengatakan bahawa: “ Nabi Muhammad SAW tidak mendoakan untuk penduduk timur tujuannya adalah untuk melemahkan mereka daripada keburukan yang akan terjadi dari arah mereka ini disebabkan syaitan menguasainya dengan menyebarkan fitnah”.
Di samping itu, Ibnu Hajar rahimahullah berkata: “ Pada saat itu penduduk timur ( Masyriq ) adalah orang- orang kafir maka disebabkan itu Nabi Muhammad SAW memberitahu bahawa fitnah muncul dari arah tersebut dan terjadi seperti yang Baginda SAW khabarkan. Fitnah pertama muncul dari arah timur yang menjadi sebab perpecahan antara kaum Muslimin. Tentu sahaja hal ini termasuk perkara yang disukai syaitan serta menggembirakannya. Begitu juga, bid’ah- bid’ah muncul dari arah tersebut”.

PENGAJARAN HADITH:
1. Munculnya kaum Tatar pada abad ke tujuh belas Hijriyyah dari arah timur. Dengan sebab tangan-tangan merekalah terjadi banyak penghancuran, pembunuhan sebagaimana yang telah dimuatkan dalam buku- buku sejarah.

2. Sehingga saat ini senantiasa timur menjadi sumber fitnah, bid’ah, khurafat, dan atheisme. Fahaman komunis yang tidak mengakui adanya tuhan berpusat di negara Rusia dan Cina, keduanya ada di arah timur, dan datangnya Dajjal serta Yakjuj dan Makjuj dari arah timur. Hanya kepada Allah kita memohon perlindungan dari segala fitnah yang nampak secara zahir dan tersembunyi.

3. Sebahagian fitnah merupakan tanda-tanda kiamat yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW seperti peristiwa Siffin dan juga munculnya kaum Khawarij.

RUJUKAN:
( Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 16. Halaman 149-157).
Top of Form
Bottom of Form

KEMUNCULAN FITNAH

حَدَّثَنَا عَيَّاشُ بْنُ الْوَلِيدِ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الأَعْلَى، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَعِيدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَقَارَبُ الزَّمَانُ، وَيَنْقُصُ الْعَمَلُ، وَيُلْقَى الشُّحُّ، وَتَظْهَرُ الْفِتَنُ، وَيَكْثُرُ الْهَرْجُ ". قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّمَ هُوَ. قَالَ " الْقَتْلُ الْقَتْلُ ".
وَقَالَ شُعَيْبٌ وَيُونُسُ وَاللَّيْثُ وَابْنُ أَخِي الزُّهْرِيِّ عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ حُمَيْدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم.
(كتاب الفتن, باب ظُهُورِ الْفِتَنِ, 7061, حديث صحيح)

Maksudnya:
A’yashu Bin Walid telah menceritakan kepada kami, Abdul A’la telah mengkhabarkan kepada kami, Ma’mar telah menceritakan kepada kami daripada Al-Zuhri, daripada Said, dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW, beliau bersabda, “waktu berdekatan, amalan semakin berkurang, kekikiran semakin dipraktikkan, munculnya fitnah dan banyak terjadi harj.” Mereka yakni para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan harj itu?” beliau bersabda, “pembunuhan pembunuhan.”
Syu’aib, Yunus, Al-Laits dan putra saudara al-Zuhri berkata, “Dari Al-Zuhri, dari Humaid, dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW.
(Kitab Fitan, Bab Kemunculan Fitnah, 7061, Shahih Bukhari)

keterangan hadith :
Pada akhir zaman ini, banyak terjadinya fitnah yang mampu merosakkan institusi masyarakat dan negara itu sendiri. Di antara faktor yang menyebabkan berlakunya fitnah adalah seperti :
1. Terlalu taksub atau mengikut dorongan perasaan iri hati dan dengki terhadap orang lain, ditambah lagi dengan kurangnya ilmu dan iman di dalam diri, menyebabkan perasaan ini sukar untuk dibendung.
2. Ingin mendapatkan kepercayaan dan kuasa orang terhadap diri dan dakwaannya.
Dalam hadith di atas, ada menyatakan bahawa di akhir zaman ini akan munculnya fitnah dan banyak terjadinya pembunuhan. Ini kerana perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam dari pembunuhan , kerana kesan kerosakannya adalah lebih teruk. Jika dengan membunuh, mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya akan berlanjutan sehingga bertahun-tahun.
Disebabkan demikian, umat Islam sewajarnya tidak menerima apa-apa berita itu secara membuta tuli sahaja. Malah ia perlu diselidiki, adakah ia khabar yang benar atau palsu lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang.

Pengajaran Hadith:
1. Dosa membuat fitnah adalah dosa sesama manusia. Dosa ini tidak akan di ampunkan oleh Allah memlainkan orang yang difitnah itu yang memberikan keampunan.
2. Perbuatan fitnah adalah perbuatan mengadu-domba yang mudah mengakibatkan permusuhan diantara dua pihak yang dikaitkan dengan sesuatu fitnah.
3. Kita perlu sentiasa memperbaiki amalan ke arah kebaikan.

Rujukan:
Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari Bi Sharh Shahih Al-Bukhari. Juzuk 13. Dar Makrifah: Beirut. Kitab 92. Bab 5. Halaman 13-19.
Top of Form
Bottom of Form

ORANG YANG TIDAK SUKA UNTUK MENINGKATKAN BILANGAN FITNAH DAN KEZALIMAN

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ، حَدَّثَنَا حَيْوَةُ، وَغَيْرُهُ، قَالاَ حَدَّثَنَا أَبُو الأَسْوَدِ،. وَقَالَ اللَّيْثُ عَنْ أَبِي الأَسْوَدِ قَالَ : قُطِعَ عَلَى أَهْلِ الْمَدِينَةِ بَعْثٌ فَاكْتُتِبْتُ فِيهِ فَلَقِيتُ عِكْرِمَةَ فَأَخْبَرْتُهُ فَنَهَانِي أَشَدَّ النَّهْىِ ثُمَّ قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَنَّ أُنَاسًا مِنَ الْمُسْلِمِينَ كَانُوا مَعَ الْمُشْرِكِينَ يُكَثِّرُونَ سَوَادَ الْمُشْرِكِينَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَيَأْتِي السَّهْمُ فَيُرْمَى فَيُصِيبُ أَحَدَهُمْ، فَيَقْتُلُهُ أَوْ يَضْرِبُهُ فَيَقْتُلُهُ. فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى {إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلاَئِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ}
MAKSUD :
 Abdullah bin Yazid telah menceritakan kepada kami, Haiwah telah menceritakan kepada kami dan lain-lain, maka berkata Abu al-Aswad telah menceritakan kepada kami, al-Laith telah berkata dari Abi al-Aswad, kemudian Abi al-Aswad berkata : Ketika unit tentera telah ditetapkan untuk penduduk Madinah, aku pun telah mendaftarkan diri di kalangan mereka. Kemudian aku telah bertemu dengan ‘Ikrima dan apabila aku memaklumkan kepadanya akan tentang hal tersebut, dia telah melarang aku dengan keras dan berkata , “ Ibnu Abbas telah memberitahu aku bahawa terdapat beberapa orang Islam pernah bersama dengan orang-orang Kafir untuk meningkatkan jumlah orang-orang kafir untuk menentang Rasulullah SAW. Maka anak panah pun dilemparkan dan telah terkena kepada salah seorang dari mereka sehingga membunuhnya atau dia memukul sehingga membunuhnya maka Allah SWT telah menurunkan ayat : “ Sesungguhnya orang-orang yang dimatikan oleh para Malaikat dalam keadaan mezalimi diri-diri mereka ”.

KETERANGAN HADITH:
Ibnu Hajar telah mengatakan bahawa bagi orang yang mengambil dari riwayat Ibnu Lahi’ah dengan sanad yang mausul pada perbahasan tafsir surah an-Nisa’ disertai penjelasan hadith. Seterusnya, pendapat lain ada mengatakan pada ayat فَيَأْتِي السَّهْمُ فَيُرْمَى “anak panah datang maka di panahkan kepadanya” membawa maksud yang terbalik dan maksud yang sebenar adalah “ maka anak panah itu dilemparkan dan ia datang”.
Kemudian Ibnu Hajar mengatakan mungkin juga huruf “fa” yang kedua adalah sebagai tambahan dan redaksi seperti ini telah disebutkan dalam riwayat Abu Dzar dalam surah an-Nisa’, فَيَأْتِي السَّهْمُ فَيُرْمَى “Maka anak panah datang dan di panahkan kepadanya”.
Maksud dari ayat فَيَأْتِي السَّهْمُ فَيُرْمَى “Maka anak panah datang dan di panahkan kepadanya” ialah dia telah dibunuh dengan anak panah dan juga pedang. Riwayat ini menyalahkan mereka yang tinggal dari kalangan mereka yang melakukan maksiat secara suka rela dan menyelamatkan orang Islam dari kebinasaan walaupun mereka mampu untuk menghindarkan diri mereka dari perkara maksiat tanpa ada keuzuran. Hal ini seperti kepada orang-orang yang masuk Islam namun orang Kafir dihalangi untuk melakukan hijrah. Kemudian orang Islam telah keluar bersama dengan orang Kafir tetapi niat mereka tidak untuk memerangi umat Islam namun hanya untuk memperbanyakkan bilangan orang Kafir supaya umat Islam melihat dari sudut itu.
Kemudian Ikrimah telah memberikan pandangan beliau bahawa barang siapa yang telah keluar bersama mereka yang hendak memerangi umat Islam maka dia telah berdosa walaupun dia tidak berperang dan tidak pula meniatkannya. Hal ini seperti yang di tegaskan dalam hadith "هم القوم لا يشقى بهم جليسهم" membawa maksud ( Mereka adalah orang-orang yang tidak akan mencelakai kawan duduk mereka) seperti yang telah dijelaskan pada perbahasan tentang kelembutan hati.

PENGAJARAN HADITH:

1. Sentiasa berpegang teguh dengan akidah supaya dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
2. Memupuk sikap sentiasa berani dan berjihad ke jalan Allah SWT demi menegakkan agama Islam iaitu agama yang benar.
3. Tidak bersikap berpura-pura dan sentiasa jujur serta amanah dalam menegakkan agama Allah SWT.

RUJUKAN:
Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 12. Halaman ( 123-124)