Saturday, May 3, 2014

LARANGAN MENGARAHKAN SENJATA KEPADA SESAMA MUSLIM

حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، عَنْ مَعْمَرٍ، عَنْ هَمَّامٍ، سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " لاَ يُشِيرُ أَحَدُكُمْ عَلَى أَخِيهِ بِالسِّلاَحِ، فَإِنَّهُ لاَ يَدْرِي لَعَلَّ الشَّيْطَانَ يَنْزِعُ فِي يَدِهِ، فَيَقَعُ فِي حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ ". 

MAKSUDNYA:
Muhammad telah menceritakan kepada kami, Abdul al-Razzaq telah mengkhabarkan kepada kami, daripada Ma’mar, daripada Hammam, aku mendengar Abu Huraira daripada Nabi SAW bersabda : “Janganlah seseorang mengarahkan senjatanya kepada saudaranya sesama muslim, kerana dia tidak tahu syaitan akan mempengaruhinya sehingga dia akan membunuh saudaranya itu, lalu dia akan masuk neraka.”

KETERANGAN HADITH :
1. Menurut al-Tin, maksud perkataan yanzi’uhuu adalah mencabutnyaa dari tangan orang itu dan menghalakan kepada saudaranya, atau dia mendorong tangannya agar menimpa saudaranya.
2. Menurut Imam al-Nawawi, sekiranya menggunakan huruf ain, maka maksudnya di sini ialah melemparkannya di tangannya serta menjadikannya tepat pada sasaran. 
3. Dalam hadith ini terdapat larangan melakukan sesuatu yang dapat mendorong seseorang kepada perbuatan terlarang meskipun larangan itu belum pasti dilakukan, baik dia bersungguh-sungguh atau pun hanya bergurau.
4. Sebagaimana yang disebut dalam hadith Abu Hurairah yang bermaksud “Para malaikat melaknat salah seorang kamu jika menunjuk ke arah orang yang lain dengan besi tajam meskipun itu adalah saudaranya sebapa dan seibu.”
5. Oleh itu, kita dilarang untuk bermain-main dengan alat yang tajam walaupun tanpa sebarang niat yang jahat kerana dikhuatiri akan terdorong dengan bisikan syaitan. 

PENGAJARAN HADITH :
1. Kita ditegah untuk menyakiti sesama muslim yang lain dalam pelbagai aspek sekalipun dan dengan cara apa pun.
2. Pengharaman memerangi orang muslim dan membunuhnya serta ancaman keras tentangnya.

(Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 7. Halaman 72-80.)
KELEBIHAN BERIBADAT DI SAAT-SAAT HURA-HARA


حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ مُعَلَّى بْنِ زِيَادٍ، عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ، قُرَّةَ عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ح وَحَدَّثَنَاهُ قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، عَنِ الْمُعَلَّى بْنِ زِيَادٍ، رَدَّهُ إِلَى مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ رَدَّهُ إِلَى مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ رَدَّهُ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " الْعِبَادَةُ فِي الْهَرْجِ كَهِجْرَةٍ إِلَىَّ " .
(كتاب الفتن وأشراط الساعة, باب فَضْلِ الْعِبَادَةِ فِي الْهَرْجِ, ٢٩٤٨, حديث صحيح)

MAKSUDNYA :
Daripada Ma’qil bin Yasar ra. Berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku".
(Riwayat Muslim)(Kitab Fitan, Bab Kelebihan Beribadat Di Saat Huru-Hara, 2948, Shahih)

SYARAH HADITH :
1. Sememangnya tabiat manusia itu apabila ditimpa sesuatu kesulitan, mereka akan mengadu untuk melakukan sesuatu ibadat. Mereka akan berkata, jika kesulitan ini tidak terjadi pasti aku akan lebih mudah untuk melakukan sesuatu ibadat. Namun, apabila keadaan semakin baik, mereka akan terus lupa untuk melakukannya.Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajipan agamanya di saat-saat yang penuh dengan huru hara dan gangguan dari segenap penjuru, dan mampu mengingati Allah SWT di saat-saat orang lain lupa dan di sibukkan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw. 
2. Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan mereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan, dan mudah-mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW tadi.

RUJUKAN:
Imam Yahya Bin Syarif An-Nawawi. 2000. Shahih Muslim Bi Syarah Nawawi. Pentahqiq: Muhammad Fuaad Abdul Baqi. Juzuk 18. Beirut, Lubnan. Halaman 70.Muhammad Idris Al-Marbawi. 2008. Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtashar Shahih at-Tirmidzi. Pengalih Tulisan: Noraine Abu. Juzuk 15. Kuala Lumpur. Halaman 156-157.

Friday, May 2, 2014

TUNDUKKAN PANDANGANMU : ELAKKAN BERLAKUNYA FITNAH
BAB: Duduk Di Halaman Rumah dan Jalan-Jalan

وَقَالَتْ عَائِشَةُ فَابْتَنَى أَبُو بَكْرٍ مَسْجِدًا بِفِنَاءِ دَارِهِ، يُصَلِّي فِيهِ، وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ فَيَتَقَصَّفُ عَلَيْهِ نِسَاءُ الْمُشْرِكِينَ وَأَبْنَاؤُهُمْ، يَعْجَبُونَ مِنْهُ، وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَئِذٍ بِمَكَّةَ

Maksudnya :
“Aisyah berkata, “Abu Bakar membina masjid di perkarangan rumahnya. Beliau solat dan membaca Al-Quran di perkarangan rumahnya itu. Maka wanita-wanita kaum musyrikin dan anak-anak mereka datang mengerumuni beliau kerana takjub terhadap perbuatan beliau. Adapun ketika itu Baginda SAW berada di Mekah.”

حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو عُمَرَ، حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ عَلَى الطُّرُقَاتِ ". فَقَالُوا مَا لَنَا بُدٌّ، إِنَّمَا هِيَ مَجَالِسُنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا. قَالَ " فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلاَّ الْمَجَالِسَ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهَا " قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ قَالَ " غَضُّ الْبَصَرِ، وَكَفُّ الأَذَى، وَرَدُّ السَّلاَمِ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ، وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ
Maksudnya :
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a, dari Nabi SAW bersabda: "Janganlah kalian duduk duduk di pinggir jalan ". Mereka berkata: "Itu kebiasaan kami yang sudah biasa kami lakukan kerana itu menjadi majlis tempat kami berbincang-bincang". Baginda bersabda: "Jika kalian tidak mahu meninggalkan majlis seperti itu maka tunaikanlah hak jalan tersebut". Mereka bertanya: "Apa hak jalan itu?" Baginda menjawab: "Menundukkan pandangan, tidak melakukan gangguan, menjawab salam dan amar makruf nahi mungkar".(H.R. Bukhari)
(Kitab Perbuatan Aniaya, Bab Duduk Di Halaman Rumah Dan Jalan-Jalan, 2465, Shahih).

Keterangan Hadith :
Dalam hadith ini dapat difahami bahawa larangan yang diberikan oleh Rasulullah SAW adalah bersifat tanzih (menjauhi perkara yang dibenci atau tidak baik), agar orang yang duduk tidak merasa risau untuk menunaikan kewajipannya. Adapun perintah untuk menundukkan pandangan adalah isyarat untuk menghindari fitnah iaitu godaan yang ditimbulkan oleh orang yang melalui jalan tersebut seperti wanita. Sedangkan perintah untuk tidak melakukan gangguan adalah sebagai isyarat untuk menjauhkan diri dari perbuatan menghina dan membicarakan keburukan orang lain. Lalu perintah menjawab salam adalah isyarat untuk menghormati orang yang melalui jalan tersebut. Sementara amar makruf nahi mungkar adalah isyarat untuk menerapkan semua yang disyariatkan dan meninggalkan semua yang tidak disyariatkan.

Pengajaran Hadith :
1. Menundukkan pandangan terutamanya terhadap wanita agar tidak menimbulkan fitnah.
2. Menjaga pandangan agar tidak menghina dan membicarakan keburukan orang lain.
3. Memberi dan menjawab salam sebagai cara menghormati orang lain.
4. Melakukan amar makruf dan mengelakkan nahi mungkar.

(Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Ketiga. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab Al-Mazhalim(Perbuatan Aniaya). Bab 22. Halaman 54-57).


SABDA NABI S.A.W “SUNGGUH KAMU AKAN MELIHAT SESUDAHKU BANYAK PERKARA-PERKARA YANG KAMU INGKARI”


حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ الْجَعْدِ أَبِي عُثْمَانَ حَدَّثَنِي أَبُو رَجَاءٍ الْعُطَارِدِيُّ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ رَأَى مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ شِبْرًا فَمَاتَ إِلَّا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

Maksudnya: Abu Nu’man telah menceritakan kepada kami, Hammad bin Zaid telah mencertikan kepada kami daripada Alja’ bin Abi Uyhman, Abu Raja’ al-‘Uthardi telah menceritakan kepada ku , dia berkata, aku mendengar Ibn Abbas daripada Nabi SAW bersabda: Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas ra bahaw Nabi Saw pernah bersabda: "Sesiapa yang melihat sesuatu daripada pemimpinnya yang tidak disukainya, hendaklah dia bersabar, kerana orang yang memisahkan diri dengan pemimpinnya meskipun sejengkal, maka dia akan mati dalam jahiliyah".

KETERANGAN HADITH:
Ketaatan kepada pemimpin adalah salah satu kewajipan dalam agama, bahkan agama tidak akan tegak tanpanya. Hal ini kerana suatu kemaslahatan umat tidak akan dicapai melainkan umat masyarakat tersebut bersatu di bawah satu jemaah dan satu kepimpinan yang adil dan saksama. 
Imam Bukhari berkata: “Aku telah berjumpa dengan 1000 lebih para ulama di Hijjaz, Mekah, Madinah, Kufah, Bashraah, Wasith, Baghdad, Syam dan Mesir. Aku berjumpa dengan mereka berulang-ulang kali dari satu generasi ke generasi lain. Aku tidak pernah melihat seorangpun daripada mereka yang berbeza pendapat dalam sesuatu masalah.” Berdasarkan sabda Nabi SAW: “ Ada 3 perkara di mana hati seseorang muslim tidak akan dengki terhadapnya iaitu mengikhlaskan amalan kerana Allah, mentaati peerintah dan komitmen dengan al-jamaah kerana doa kepada pemerintah akan berkaitan juga dengan rakyatnya.” Selain itu, al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “ Para ulama telah bersepakat atas kewajipan taat kepada pemimpin yang menang (dalam merebut kekuasaan) dan wajib jihad bersamanya. Taat kepadanya lebih baik daripada membangkang kepadanya kerana hal tersebut akan mencegah pertumpahan darah dan menjamin kesejahteraan rakyat.”

PENGAJARAN HADITH:
1. Wajib ke atas kita untuk mentaati pemerintah yang melaksanakan syariat Islam sebenar-benarnya.
2. Elakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah perpecahan dan perselisihan.

Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 2. Halaman 9-23.
PERANGI KAUM YAHUDI

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ، - يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ - عَنْ سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ. إِلاَّ الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ " .

(
كتاب الفتن وأشراط الساعة, بَاب لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ فَيَتَمَنَّى أَنْ يَكُونَ مَكَانَ الْمَيِّتِ مِنْ الْبَلَاءِ, ٢٩٢٢, صحيح مسلم )

MAKSUD HADITH :
Tidak akan terjadi kiamat sebelum kaum muslimin memerangi kaum Yahudi. Apabila kaum Yahudi itu bersembunyi di balik batu dan pohon kayu, maka batu dan pohon kayu itu berkata: “Wahai muslm, ini ada orang Yahudi di belakangku, marilah, bunuhlah dia.” Kecuali pohon Ghorqod (sejenis pohon yang berduri) kerana pohon itu adalah pohon Yahudi. (HR. Muslim)


KETERANGAN HADITH :
Sebagaimana yang kita ketahui, Amerika memerangi Iraq yang dipercayai untuk membela Yahudi, begitu juga dengan penindasan kaum Yahudi terhadap rakyat Palestin yang tidak ada tanda-tanda untuk berakhir, nampaknya kaum Muslim tidak sanggup untuk mengalahkan kaum Yahudi.
Namun, suatu hari nanti kita akan dapat mengalahkan kaum Yahudi ini. Akan tiba masa kaum muslimin seluruh dunia akan bersatu, berada di bawah satu panji, satu tujuan iaitu untuk meninggikan kalimat Allah. Para mujahidnya akan berjuang dengan niat untuk mencari keredhaan Allah seperti yang dilakukan oleh para sahabat zaman Rasulullah dahulu.
Allah akan memberikan pertolongan. Orang-orang Yahudi akan dapat dikalahkan, mereka lari bertempiaran, mencari tempat persembunyian di bawah pokok, di balik batu dan sebagainya. Sungguh ajaib pokok dan batu pada ketika itu seolah-olah turut sama menolong umat Islam.

PENGAJARAN HADITH :
Seluruh kaum Muslimin mestilah bersatu, memantapkan tahap keimanan juga turut mempersiapkan diri untuk menghadapi musuh-musuh Allah ini.

RUJUKAN :

Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Baitul Afqar Dauliyyah: Riyadh. Kitab 52. Bab 18. No. Hadith 2922. Halaman: 1171.

Drs. H. Syahrin Nasution. 2003. 50 Hadis Menceritakan Dunia Akhir Zaman. Pustaka Syuha: Kuala Lumpur. Halaman: 107- 109
PERANG DI SEKITAR SUNGAI FURAT KERANA MEREBUT KEKAYAAN

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ، - يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيَّ - عَنْ سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَحْسِرَ الْفُرَاتُ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ يَقْتَتِلُ النَّاسُ عَلَيْهِ فَيُقْتَلُ مِنْ كُلِّ مِائَةٍ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَيَقُولُ كُلُّ رَجُلٍ مِنْهُمْ لَعَلِّي أَكُونُ أَنَا الَّذِي... أَنْجُو " .
(كتاب الفتن وأشراط الساعة, باب لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَحْسِرَ الْفُرَاتُ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ,٢٨٩٤, صحيح مسلم)

Maksud Hadith :
"Dari Abu Hurairah Ra., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Tidak berlaku hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, iaitu sebuah sungai yang terdapat di Iraq) menjadi surut airnya sehingga kelihatan sebuah gunung emas. Banyak orang yang terbunuh karena berebut mrndapatkannya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan dari seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata. “Mudah-mudahan akulah orang yang selamat itu. “Di dalam riwayat lain disebutkan: “Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu kelihatan perbendaharaan dari emas, maka siapa sahaja yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun dari harta tersebut. ” (HR Muslim)

Keterangan Hadith :

Hadis ini jelas sekali menerangkan kepada kita, di negara Iraq dan sekitarnya akan tersebar peperangan yang disebabkan merebut harta kekayaan yang terdapat di tempat tersebut, banyak yang menjadi korban dan semua yang terlibat bercita-cita hanya dia akan terselamat dari bala tersebut.

Pengajaran Hadith :

Mendidik hati agar tidak taksub kepada harta dunia, dan sentiasa berdoa agar dihindari daripada fitnah harta.
Perpada-pada dalam mencari harta di dunia, ia perlu diseimbangkan dengan amalan ibadah kepada Allah sebagai bekalan di Akhirat.

Rujukan :

Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Baitul Afqar Dauliyyah: Riyadh. Kitab 52. Bab 8. No. Hadith 2894. Halaman: 1160.
Abu Ali al-Banjari An-Nadwi. 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman. 2000. Khazanah Banjariah : Kedah. Halaman 69-70.

حدثنا أبو اليمان أخبرنا شعيب عن الزهري (ح) . وحدثنا إسماعيل حدثني أخي عن سليمان عن محمد بن أبي عتيق عن ابن شهاب عن هند بنت الحارث الفراسية أن أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم قالت: استيقظ رسول الله صلى الله عليه وسلم ليلة فزعا يقول ( سبحان الله ماذا أنزل الله من الخزائن وماذا أنزل من القتن من يوقظ صواحب الحجرات – يريد أزواجه لكي يصلين- رب كاسية في الدنيا عارية في الأخرة ).

Maksudnya:
Daripada Ibn Syihab daripada Hindun binti al-Harith bin al-Firasiyyah, sesungguhnya Ummu Salamah isteri Nabi s.a.w berkata: Rasulullah telah bangun pada waktu malam dengan mengejut dan bersabda: Apa yang Allah turunkan daripada harta-harta dan apa yang Allah turunkan daripada fitnah? Siapakah yang boleh menolong untuk mengejutkan puan-puan ( Isteri-isteri ) empunya bilik supaya mereka solat. Boleh jadi orang yang memakai pakaian di dunia tidak akan berpakaian di akhirat.
(BUKHARI. KITAB ILMU. BAB ILMU DAN NASIHAT DI MALAM HARI. NO HADITH 6658)

Keterangan Hadith :
Maksud Imam Bukhari tentang bab mengajarkan ilmu di malam hari adalah menjelaskan bahawa larangan bercengkerama setelah isyak’ adalah khusus dalam masalah yang tidak ada unsur kebaikannya. سبحان الله ماذا. Kata istifham (pertanyaan) dalam kalimah ini menggambarkan rasa takjub dan pengagungan. أنزل (Diturunkan). Maksudnya, bahawa para malaikat telah turun untuk memberitahukan tentang perkara-perkara yang telah ditetapkan, atau Nabi S.a.w bermimpi telah diturunkan wahyu kepada baginda mengenai bencana dan fitnah yang akan terjadi setelah meninggalnya.صواحبات الحجر. Maksudnya, rumah-rumah para isteri Nabi s.a.w . Dikhususkannya mereka untuk dibangunkan, adalah kerana pada saat itu mereka hadir atau juga hal ini termasuk “Mulailah dari diri anda sendiri kemudian baru keluarga anda”.

Pengajaran Hadith :
1). Hendaknya seorang suami membangunkan isterinya di malam hari untuk menunaikan ibadah terlebih lagi tatkala terjadi/muncul tanda-tanda kebesaran Allah.
2). Anjuran untuk bersegera melakukan solat tatkala merasa takut datangnya keburukan, demikian pula kebiasaan Nabi s.a.w kalau sedang merasa tertekan akibat suatu perkara maka beliau segera menunaikan solat.
3). Boleh mengucapkan tasbih (subhanallah) ketika menyaksikan sesuatu yang mengerikan (maksudnya turunnya fitnah).

Ibnu Hajar al-Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari. Penterjemah: Gazirah Abdi Ummah. Cet. 9. Jil. 1. Jakarta: Pustaka Azzam. Hlm 402-403.