Friday, May 2, 2014

ORANG YANG TIDAK SUKA UNTUK MENINGKATKAN BILANGAN FITNAH DAN KEZALIMAN

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ، حَدَّثَنَا حَيْوَةُ، وَغَيْرُهُ، قَالاَ حَدَّثَنَا أَبُو الأَسْوَدِ،. وَقَالَ اللَّيْثُ عَنْ أَبِي الأَسْوَدِ قَالَ : قُطِعَ عَلَى أَهْلِ الْمَدِينَةِ بَعْثٌ فَاكْتُتِبْتُ فِيهِ فَلَقِيتُ عِكْرِمَةَ فَأَخْبَرْتُهُ فَنَهَانِي أَشَدَّ النَّهْىِ ثُمَّ قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَنَّ أُنَاسًا مِنَ الْمُسْلِمِينَ كَانُوا مَعَ الْمُشْرِكِينَ يُكَثِّرُونَ سَوَادَ الْمُشْرِكِينَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَيَأْتِي السَّهْمُ فَيُرْمَى فَيُصِيبُ أَحَدَهُمْ، فَيَقْتُلُهُ أَوْ يَضْرِبُهُ فَيَقْتُلُهُ. فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى {إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلاَئِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ}
MAKSUD :
 Abdullah bin Yazid telah menceritakan kepada kami, Haiwah telah menceritakan kepada kami dan lain-lain, maka berkata Abu al-Aswad telah menceritakan kepada kami, al-Laith telah berkata dari Abi al-Aswad, kemudian Abi al-Aswad berkata : Ketika unit tentera telah ditetapkan untuk penduduk Madinah, aku pun telah mendaftarkan diri di kalangan mereka. Kemudian aku telah bertemu dengan ‘Ikrima dan apabila aku memaklumkan kepadanya akan tentang hal tersebut, dia telah melarang aku dengan keras dan berkata , “ Ibnu Abbas telah memberitahu aku bahawa terdapat beberapa orang Islam pernah bersama dengan orang-orang Kafir untuk meningkatkan jumlah orang-orang kafir untuk menentang Rasulullah SAW. Maka anak panah pun dilemparkan dan telah terkena kepada salah seorang dari mereka sehingga membunuhnya atau dia memukul sehingga membunuhnya maka Allah SWT telah menurunkan ayat : “ Sesungguhnya orang-orang yang dimatikan oleh para Malaikat dalam keadaan mezalimi diri-diri mereka ”.


KETERANGAN HADITH:
Ibnu Hajar telah mengatakan bahawa bagi orang yang mengambil dari riwayat Ibnu Lahi’ah dengan sanad yang mausul pada perbahasan tafsir surah an-Nisa’ disertai penjelasan hadith. Seterusnya, pendapat lain ada mengatakan pada ayat فَيَأْتِي السَّهْمُ فَيُرْمَى “anak panah datang maka di panahkan kepadanya” membawa maksud yang terbalik dan maksud yang sebenar adalah “ maka anak panah itu dilemparkan dan ia datang”.
Kemudian Ibnu Hajar mengatakan mungkin juga huruf “fa” yang kedua adalah sebagai tambahan dan redaksi seperti ini telah disebutkan dalam riwayat Abu Dzar dalam surah an-Nisa’, فَيَأْتِي السَّهْمُ فَيُرْمَى “Maka anak panah datang dan di panahkan kepadanya”.
Maksud dari ayat فَيَأْتِي السَّهْمُ فَيُرْمَى “Maka anak panah datang dan di panahkan kepadanya” ialah dia telah dibunuh dengan anak panah dan juga pedang. Riwayat ini menyalahkan mereka yang tinggal dari kalangan mereka yang melakukan maksiat secara suka rela dan menyelamatkan orang Islam dari kebinasaan walaupun mereka mampu untuk menghindarkan diri mereka dari perkara maksiat tanpa ada keuzuran. Hal ini seperti kepada orang-orang yang masuk Islam namun orang Kafir dihalangi untuk melakukan hijrah. Kemudian orang Islam telah keluar bersama dengan orang Kafir tetapi niat mereka tidak untuk memerangi umat Islam namun hanya untuk memperbanyakkan bilangan orang Kafir supaya umat Islam melihat dari sudut itu.
Kemudian Ikrimah telah memberikan pandangan beliau bahawa barang siapa yang telah keluar bersama mereka yang hendak memerangi umat Islam maka dia telah berdosa walaupun dia tidak berperang dan tidak pula meniatkannya. Hal ini seperti yang di tegaskan dalam hadith "هم القوم لا يشقى بهم جليسهم" membawa maksud ( Mereka adalah orang-orang yang tidak akan mencelakai kawan duduk mereka) seperti yang telah dijelaskan pada perbahasan tentang kelembutan hati.


PENGAJARAN HADITH:

1. Sentiasa berpegang teguh dengan akidah supaya dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
2. Memupuk sikap sentiasa berani dan berjihad ke jalan Allah SWT demi menegakkan agama Islam iaitu agama yang benar.
3. Tidak bersikap berpura-pura dan sentiasa jujur serta amanah dalam menegakkan agama Allah SWT.

RUJUKAN:
Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 12. Halaman ( 123-124)


No comments:

Post a Comment